Insurance

5 add-on insurans kereta paling penting. Rugi kalau tak ambil!

Insurans asas yang wajib dimiliki setiap pemilik kereta ialah insurans pihak ketiga. Kalau anda terlanggar kenderaan lain, insurans ini akan menanggung kerosakan, kecederaan, atau kematian pihak ketiga – tapi kereta anda langsung tak dilindungi.

Insurans komprehensif (juga dikenali sebagai insurans pihak pertama) pula lebih menyeluruh. Ia bukan saja lindungi pihak ketiga, tapi juga memberi perlindungan kepadakereta anda sendiri daripada kemalangan, kecurian dan kebakaran.

Sekali imbas, memang nampak macam dah cukup. Tapi sebenarnya, masih ada banyak situasi yang tidak termasuk dalam pelan komprehensif. Contohnya kerosakan akibat banjir, kemalangan bila orang lain memandu kereta anda, atau yang melibatkan penumpang.

Dalam artikel ini, kami kongsikan 5 add-on insurans penting yang patut anda pertimbangkan sebelum memperbaharui insurans kereta nanti. 

1. Perlindungan Cermin (Windscreen Coverage)

Car Windscreen broken accident

Cermin kereta, terutamanya cermin depan, memang mudah retak. Lagi-lagi kalau anda kerap memandu di jalan raya sibuk, lebuh raya, atau kawasan yang banyak lori berat. Kadang-kadang batu kecil yang terpelanting dari belakang lori pun cukup untuk buat retakan halus yang lama-kelamaan boleh jadi lebih teruk.

Sebab itulah perlindungan cermin sangat penting.

Kalau anda ada insurans komprehensif, memang anda boleh buat tuntutan untuk baiki cermin kalau retak. Tapi kesannya besar, anda akan hilang diskaun NCD (No Claim Discount) untuk tahun berikutnya. Rugi, sebab diskaun NCD boleh mencecah 55%, dan tanpa diskaun ini, premium insurans tahun depan boleh jadi jauh lebih mahal.

Dengan add-on perlindungan cermin, anda boleh baiki atau tukar cermin kereta tanpa menjejaskan NCD. Perlindungan ini bukan hanya untuk cermin depan, ia juga termasuk:

    • Cermin belakang
    • Semua tingkap sisi kereta
    • Sunroof

(Nota: Tak termasuk cermin sisi / side mirror)

Kos yang dilindungi pula biasanya termasuk:

  • Harga cermin 
  • Caj pemasangan
  • Kos cermin gelap atau tinted film (jika ada)

Harga add-on ini biasanya sekitar 15% daripada harga cermin. Contoh, kalau kos ganti cermin depan kereta anda adalah RM1,000, harga add-on perlindungan cermin hanya lebih kurang RM150 setahun.

Jika anda selalu memandu di kawasan yang meningkatkan risiko cermin retak, perlindungan ini amat wajar dipertimbangkan. Jika anda hanya membuat satu tuntutan dalam tempoh enam tahun, anda sudah pun mendapat semula nilai yang dibayar.

Tip Tambahan: Anda sudah membuat claim windscreen coverage tahun ini? 

Anda boleh hubungi syarikat insurans untuk membeli semula perlindungan ini supaya cermin kereta anda terus dilindungi sehingga tempoh polisi sedia ada tamat. Bandingkan harga insurans dengan senang di Coverro.

2. Perlindungan Peril Khas (Bencana Alam)

Flooded car.

Cuaca sekarang semakin tidak menentu — hujan lebat boleh menyebabkan banjir kilat dalam sekelip mata. Kalau anda tinggal di kawasan yang kerap banjir, anda perlukan perlindungan peril khas. Terutamanya kalau kereta anda biasanya diletak di kawasan rendah, di basement, atau di bawah pokok.

Perlindungan peril khas (bencana alam) melindungi anda daripada kerosakan akibat: 

  1. Banjir
  2. Tanah runtuh
  3. Gempa bumi
  4. Letusan gunung berapi
  5. Angin kencang, ribut, dan bencana alam lain

Dengan kos 0.3% – 0.5% daripada nilai kereta anda, ini adalah pelaburan kecil yang boleh selamatkan anda daripada kerugian besar. Sebagai contoh, jika sum insured untuk kereta anda adalah RM50,000, anda hanya bayar RM100 – RM250 setahun. Sangat berbaloi untuk mengelakkan kos pembaikan disebabkan banjir yang boleh mencecah ribuan ringgit.

3. Perlindungan Kemalangan Diri (Personal Accident Coverage – PA Coverage)

Insurans komprehensif hanya melindungi kereta anda – ia tidak melindungi pemandu jika cedera atau meninggal dunia akibat kemalangan. Sebab itu perlindungan kemalangan diri (PA Coverage) wajar dipertimbangkan.

Add-on ini memastikan jika anda atau penumpang cedera atau terkorban dalam kemalangan jalan raya, tak kira siapa yang salah, kos rawatan adan pampasan akan ditanggung. Pampasan ini akan dibayar terus kepada anda atau waris, membantu meringankan beban kewangan.

Dari segi kos, PA Coverage biasanya berharga RM10 hingga RM100+ setahun, bergantung pada:

  • Jumlah perlindungan (sum insured)

  • Siapa yang dilindungi (pemandu sahaja atau termasuk penumpang)

  • Skop perlindungan (kematian, hilang upaya, bil hospital)

Tambahan ini dibayar sekali setahun ketika anda memperbaharui insurans kereta.

Ramai tak sedar insurans kereta biasa tidak lindungi nyawa pemandu. Dengan add-on ini, anda sekurang-kurangnya ada lapisan perlindungan untuk diri sendiri dan keluarga.

Kalau anda kerap memandu jauh, selalu membawa keluarga, atau mahu ketenangan minda, perlindungan ini sangat berbaloi.

4. Perlindungan Liabiliti Undang-Undang terhadap/untuk Penumpang

insurance-agent-working-site-car-accident-claim-process-people-car-insurance-claim

Kalau anda selalu membawa penumpang atau ada rancangan untuk memandu ke luar negara, anda patut tahu tentang dua add-on ini. Ramai yang keliru antara Perlindungan Liabiliti Undang-Undang terhadap Penumpang (Legal Liability of Passengers – LLOP) dan Liabiliti Undang-Undang untuk Penumpang (Legal Liability to Passengers – LLP) sebab nama mereka hampir sama. Tapi sebenarnya fungsinya sangat berbeza.

4.1 Liabiliti Undang-Undang terhadap Penumpang (LLOP)

LLOP melindungi anda jika penumpang anda menyebabkan kecederaan atau kerosakan kepada pihak ketiga.

Sebagai contoh, penumpang baling botol keluar tingkap dan terkena kereta lain atau mereka mengacau steering hingga menyebabkan kemalangan. Walaupun anda tidak bersalah, pihak ketiga tetap boleh menuntut ganti rugi terhadap anda sebagai pemilik kereta. Dengan LLOP, anda ada perlindungan untuk kes-kes begini.

Harga premium LLOP adalah hanya sekitar RM7.50 setahun.

4.2 Liabiliti Undang-Undang untuk Penumpang (LLP)

LLP pula melindungi anda jika penumpang sendiri mengambil tindakan undang-undang terhadap anda. Contohnya, jika mereka cedera atau meninggal dunia dalam kemalangan, dan mereka (atau waris mereka) saman anda sebagai pemandu.

Harga premium LLP pula adalah sekitar sekitar 25% daripada harga premium pihak ketiga yang anda bayar.

Kalau memandu di Malaysia, kedua-dua perlindungan ni tak wajib dan anda boleh pilih untuk ambil salah satu sahaja kalau mahu. Tapi kalau anda nak drive masuk Singapura, anda kena mengambil kedua-duanya. Undang-undang di Singapura memang mewajibkan LLP dan LLOP untuk semua kenderaan asing yang masuk ke negara itu.

5. Perlindungan Pemandu Tambahan (Named Driver) dan Semua Pemandu (All Drivers)

Kalau kereta anda selalu dipandu oleh orang lain, jangan abaikan perlindungan ini. Jika pemandu yang terlibat dalam kemalangan tidak dinamakan dalam polisi, anda perlu membayar ekses insurans mandatori sebanyak RM400 sebelum perlindungan boleh digunakan.

Bergantung kepada berapa ramai orang yang menggunakan kereta anda, anda akan memerlukan salah satu daripada dua add-on insurans ini:

5.1 Perlindungan Pemandu Tambahan (Named Driver

  • Add-on insurans ini membolehkan anda menamakan 2 – 3 orang pemandu secara percuma
  • Kalau nak tambah pemandu lebih daripada 2 atau 3 orang pemandu, anda akan dicaj sekitar RM10 untuk setiap nama tambahan.
  • Sesuai jika hanya ada 2 – 3 pemandu tetap seperti pasangan atau anak.

5.2 Perlindungan Semua Pemandu (All Drivers)

  • Add on ini akan melindungi sesiapa sahaja yang memandu kereta anda
  • Semua pemandu yang sah (berlesen penuh) akan dilindungi, anda tak perlu namakan mereka satu-satu.
  • Caj add-on insurans ini biasanya sekitar RM20 hingga RM50 setahun, bergantung pada syarikat insurans.
  • Sesuai untuk kereta keluarga atau syarikat.

Pilih perlindungan terbaik untuk kereta anda dengan Coverro

Lebih banyak perlindungan memang lebih baik, tapi yang paling penting adalah pilih ikut keperluan anda. Sekarang anda sudah tahu 5 add-on insurans kereta paling penting, anda boleh tentukan mana yang benar-benar sesuai untuk situasi anda.

Dengan Coverro, anda boleh banding harga premium dan add-on insurans dengan mudah. Pilih add-on yang anda mahu, lihat terus perubahan premium, dan buat keputusan dengan lebih yakin.

Related Articles

Back to top button