Buying and Selling Tips/Guides

5 cara mudah untuk menukar kereta anda menjadi wang tunai

Kalau anda perlukan wang tunai segera dan anda mempunyai kereta yang jarang digunakan, itu sebenarny satu peluang! Kereta tersebut boleh ditukarkan menjadi tunai dalam masa singkat. Dalam artikel ini, kita kongsikan 5 cara yang berkesan untuk anda dapatkan wang tunai dengan kereta terpakai.

Read in English

Jual kepada pengedar kereta terpakai

mytukar used cars

Menjual kereta terpakai kepada pengedar memang ada kelebihannya. Ramai pengedar kereta terpakai yang terkenal mudah ditemui dan biasanya menawarkan cara yang cepat untuk anda jual kereta. Tapi, kalau anda nak dapatkan harga terbaik, anda perlu melawat beberapa pengedar berbeza untuk membandingkan harga dan berunding – proses yang memakan masa dan tenaga.

Kenapa nak susah-susah melawat banyak-banyak pengedar jika anda boleh jual kereta anda dengan Carro? Dengan rangkaian di seluruh negara, kami boleh berikan harga terbaik untuk kereta anda dalam masa satu hari sahaja. Tak perlu pusing sana sini, tak perlu tunggu lama, jual kereta anda dengan Carro.

Anda hanya perlu tempah pemeriksaan, terima tawaran kami, dan kami akan uruskan semua dokumen. Anda juga tidak akan perlu menunggu lama untuk dapatkan wang tunai untuk kereta anda!

Baca lebih lanjut: 5 tips to get the best price for your car

Sewakan kereta anda

woman give key fob to man to get cash for cars

Sumber.

Kalau anda belum bersedia untuk lepaskan kereta sepenuhnya, pilihan lain adalah menyewakannya. Beberapa platform yang boleh menghubungkan pemilik kereta dengan individu yang perlukan kereta sementara. Dengan cara ini, anda masih mengekalkan hak milik kereta sambil menjana pendapatan pasif yang stabil.

Walau bagaimanapun, menyewakan kereta anda datang dengan risiko. Ada kemungkinan penyewa akan memandu kereta anda dengan kasar dan tidak berhati-hati, ini berpotensi menurunkan nilai jual semula kereta anda. Kalau berlaku kemalangan, anda juga berdepan kos kerosakan atau kehilangan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD). Jadi, pastikan anda menilai dengan teliti terma sewaan dan perlindungan insurans sebelum membuat keputusan.

Baca lebih lanjut: How to transfer NCD

Jual kereta anda sebagai besi buruk

A pile of cars sold for scrap, cash for cars

Sumber.

Selain digunakan di jalan raya, kereta juga ada nilai sebagai logam dan komponen berasingan. Tapak besi buruk biasanya akan membeli kereta untuk tujuan kitar semula besi serta menjual bahagian-bahagian tertentu. Tapi, pilihan ini selalunya memberi pulangan yang jauh lebih rendah berbanding menjual kereta anda kepada pembeli lain. Jadi, menjual kereta anda sebagai besi buruk hanya patut dijadikan pilihan terakhir.

Tidak seperti di sesetengah negara lain, Malaysia tidak mepunyai polisi wajib end-of-life bagi kenderaan. Ini bermakna anda tidak dipaksa untuk menyerahkan kereta anda selepas tempoh tertentu. Namun begitu, nilai kereta anda akan terus merosot dari tahun ke tahun, jadi penting untuk anda tahu bila masa terbaik untuk menjual kereta anda

Kalau anda mahu proses yang lebih mudah dan pulangan yang lebih berbaloi, Carro  m sedia membantu! Kami menguruskan semua urusan penjualan tanpa kerumitan, dan anda boleh dapatkan tawaran harga terbaik untuk kereta anda dengan cepat dan mudah.

Baca lebih lanjut: 5 cars that depreciate quickly

Sambung bayar

Sambung bayar

Sumber.

Jika susah menjual kereta anda, mungkin terlintas di fikiran untuk membuat perjanjian sambung bayar. Sambung bayar adalah persetujuan tidak rasmi di mana pemilik kereta menyerahkan kenderaan kepada “pembeli” yang akan meneruskan bayaran ansuran pinjaman kereta tersebut. Walaupun nampak mudah, tetapi sebenarnya ia penuh dengan risiko.

Masalah utama ialah pemilik asal masih kekal bertanggungjawab secara sah. Jika “pembeli” melanggar undang-undang atau terlibat dalam kemalangan, semua kos dan liabiliti akan ditanggung oleh anda sebagai pemilik. Dalam kes lebih serius, “pembeli” boleh menghilangkan diri bersama kereta anda, dan kerana kereta itu diserahkan secara sukarela, ia tidak boleh dilaporkan sebagai kecurian.

Disebabkan risiko yang tinggi, sambung bayar bukanlah pilihan yang selamat atau disyorkan untuk menukar kereta anda kepada wang tunai.

Baca lebih lanjut: Why you should avoid sambung bayar deals

Jual di laman jual beli online

Buy car, document, review

Pastikan anda semak nilai kereta anda sebelum menjualnya online! Sumber.

Menjual kereta anda di pasaran dalam talian adalah salah satu cara paling cepat untuk mendapatkan wang tunai. Anda hanya perlu senaraikan kereta anda di platform online yang menghubungkan pembeli dengan penjual. Tetapi, kaedah ini ada cabarannya. Anda perlu mengambil masa untuk menapis antara pembeli yang serius dan mereka yang cuba menawar terlalu rendah. 

Apabila ada pembeli yang berminat, semua urusan perlu anda lakukan sendiri – daripada pemeriksaan Puspakom, menyediakan dokumen, hinggalah urusan cap jari di JPJ untuk tukar hak milik. Proses ini memang mengambil masa, tetapi ia memberi peluang untuk anda dapatkan harga yang hampir dengan nilai pasaran.

Kalau anda mahukan cara yang lebih mudah, Carro boleh uruskan semuanya untuk anda. Kami akan bantu dari pemeriksaan, pengurusan dokumen, hinggalah mendapatkan pembeli yang sesuai. Anda hanya perlu tempah pemeriksaan, terima tawaran kami, dan selebihnya biar kami selesaikan. Paling penting, anda akan dapat harga terbaik dan bayaran pantas tanpa sebarang kerumitan.

Apa tunggu lagi? Tempah pemeriksaan kereta anda hari ini!

Carro Inspection fee waived - 30 November BM

Baca lebih lanjut: Bayaran pemeriksaan dikecualikan sehingga 30 November!
Baca lebih lanjut:
How to get a B5 Puspakom inspection

 

 

 

Related Articles

Back to top button