5 jaminan Carro Certified bila anda beli kereta dengan Carro
Bila tiba masa untuk membeli kereta, kita semua pasti ada model impian yang diidamkan. Namun, realitinya, bajet sering menjadi penghalang utama untuk mimilikinya.
Walaupun bajet terhad, impian memiliki kereta berkualiti tetap bukan sesuatu yang mustahil. Anda masih boleh memilih kereta terpakai terbaik yang telah disahkan dan dijamin kualitinya. Betul, kereta second-hand pernah dimiliki orang lain sebelum ini, tapi jangan risau – kami pastikan apabila anda bawa pulang kereta Carro Certified, keadaannya sebaik kereta baru.
Kenapa pilih kereta Carro Certified?

Carro menawarkan lima jaminan utama untuk memastikan setiap kereta Carro Certified benar-benar terbaik di pasaran. Kami mengutamakan ketelusan dalam setiap proses.
Proses pengesahan dan jaminan kami bukan hanya sebagai tanda kualiti dan kelulusan. Ia merupakan cerminan janji kami untuk memberikan anda pemanduan yang lebih tenang.
Bila anda beli kereta daripada Carro, anda bukan saja dapat harga yang berbaloi, tetapi juga keyakinan bahawa kereta itu memang berkualiti. Nak pandu pulang kereta impian anda? Inilah cara paling selamat dan terjamin.
1. Pemeriksaan 160 poin

Di Carro, hanya kereta terpakai yang layak diberikan label Carro Certified. Salah satu syarat utama adalah kereta tersebut harus lulus pemeriksaan 160 poin yang ketat.
Dalam pemeriksaan ini, setiap aspek termasuk sejarah dan komponen kereta diperiksa dengan teliti, dan sebarang kerosakan akan dibaiki agar anda dapat menikmati pengalaman pemanduan yang berkualiti tinggi.
Jurutera kami juga adalah antara yang terbaik dalam industri dan mempunyai kepakaran tinggi untuk memeriksa kereta dengan teliti. Kepakaran mereka dilengkapi dengan teknologi terkini seperti:
- Computer Visioning untuk mengesan kesan kemik yang sangat kecil.
- Acoustic Engineering untuk memastikan enjin berada dalam keadaan optimum
Dengan kawalan kualiti yang menyeluruh ini, kami memastikan yang setiap kereta yang diterima benar-benar layak menerima label Carro Certified.
2. Jaminan pulangan wang dalam 5 hari
Membeli kereta adalah satu komitmen besar, dan kadang-kadang anda hanya benar-benar tahu sama ada ia sesuai selepas beberapa hari memandu.
Dengan Carro Certified, anda boleh bawa pulang kereta dan mencubanya seperti biasa. Jika dalam tempoh 5 hari anda rasa ia tidak menepati citarasa atau keperluan, anda boleh memulangkannya tanpa sebarang kerumitan.
Jaminan pulangan wang 5 hari ini memberi anda ketenangan fikiran – kerana membeli kereta sepatutnya pengalaman tanpa risiko.
3. Waranti 12 bulan untuk enjin dan kotak gear

Banyak kereta terpakai dijual selepas waranti asal tamat. Ini bermakna kereta mungkin nampak elok dan boleh dipandu, tetapi ia boleh mempunyai masalah dalaman yang mahal untuk dibaiki. Kos pembaikan yang tinggi kadang-kadang menjadikan pembelian tidak berbaloi.
Dengan Carro, anda tidak perlu risau. Setiap kereta Carro Certified disertakan waranti 12 bulan khusus untuk enjin dan kotak gear – dua komponen paling penting dan mahal jika rosak.
Jika ada isu teknikal dalam tempoh setahun, anda tidak perlu keluarkan belanja tambahan. Carro akan uruskan semuanya untuk anda.
4. Tiada manipulasi perbatuan

Manipulasi odometer sering menjadi isu dalam pasaran kereta terpakai. Bacaan jarak perbatuan sengaja dikurangkan supaya kereta kelihatan lebih “baru”, padahal keadaan sebenar mungkin jauh berbeza dan memerlukan kos pembaikan tinggi.
Dengan Carro Certified,, anda boleh beli tanpa risau. Kami menjamin bacaan odometer setiap kereta adalah asli dan tepat, disokong dengan rekod yang telus. Jadi, anda tahu betul keadaan kereta yang anda beli.
5. Tiada kerosakan serius akibat kemalangan, kebakaran & banjir

Sejarah kereta tidak selalu boleh dinilai hanya dengan melihat luaran atau mencuba pandu uji ringkas. Kadang-kadang, kesan kerosakan akibat kemalangan besar atau banjir sukar dikesan tanpa pemeriksaan menyeluruh.
Setiap kereta Carro Certified dijamin bebas daripada kerosakan serius akibat kemalangan teruk, kebakaran, atau banjir. Dengan jaminan ini, anda boleh yakin sepenuhnya yang kereta Carro Certified adalah antara kereta terpakai terbaik yang boleh dibeli di pasaran.
Nak beli kereta terpakai? Belilah dengan Carro!
Tidak semua penjual boleh memberi jaminan yang benar-benar melindungi anda. Ramai sekadar menampal label “Certified”, tetapi tidak menyediakan pemeriksaan menyeluruh atau waranti yang boleh dipercayai.
Carro Certified berbeza kerana setiap kereta datang dengan lima jaminan kukuh:
- Pemeriksaan 160 poin
- Pulangan wang dalam 5 hari
- Waranti 12 bulan untuk enjin & kotak gear
- Tiada manipulasi perbatuan
- Tiada kerosakan serius akibat kemalangan, kebakaran & banjir
Ini bukan sekadar soal harga berbaloi, tetapi soal kualiti, keselamatan dan keyakinan. Jika anda mahukan kereta impian yang berkualiti tinggi, risiko rendah, dan harga lebih berpatutan, pilihlah Carro Certified.



