Car Care Tips

7 Bahagian Kereta Yang Wajib Diservis Setiap Kali

Nak pastikan kereta anda selamat, tahan lama, dan berjalan lancar? Kenalah servis kereta anda mengikut rutin yang ditetapkan. Dalam artikel ini, kami kongsikan ilmu tentang bahagian-bahagian penting kereta yang perlu diservis. Daripada menukar minyak enjin, membaiki brek, dan menjaga cat dan badan kereta, semua servis ini bukan saja memastikan keselamatan anda sebagai pemandu, tetapi juga memanjangkan jangka hayat kereta anda.

Kenapa penyelenggaraan kereta penting

Car Service/Check Engine Dashboard Symbol

Servis kereta secara rutin membantu anda untuk:

  • Elak kos pembaikan kereta yang tinggi
  • Meningkatkan kecekapan bahan api
  • Tambah baik keselamatan di jalan raya
  • Kekalkan nilai jual semula kereta anda

 

Servis-servis penting dalam penyelenggaraan kereta

  1. Penukaran minyak enjin dan pemeriksaan cecair

Perkara yang paling asas namun sangat penting dalam penyelenggaraan kereta adalah penukaran minyak enjin. Minyak enjin baru boleh memastikan enjin berjalan lancar. Selain menukar minyak enjin, beberapa cecair lain juga wajar diperiksa secara berkala:

  • Cecair penyejuk (coolant)
  • Cecair brek
  • Cecair transmisi
  1. Pembaikan dan penggantian brek

Brek kereta memainkan peranan penting dalam keselamatan anda. Selepas tempoh tertentu, pad brek akan haus dan perlu diganti. Perkara penting yang anda perlu tahu:

  • Jangka hayat pad brek: Kebanyakan pad brek boleh bertahan sejauh 30,000 hingga 70,000 km.
  • Cara memeriksa pad brek: Perhatikan tanda-tanda pad brek haus atau bila brek kurang mencengkam. Jika pedal brek terasa lembut atau tenggelam bila ditekan, itu mungkin tanda terdapat udara dalam sistem brek atau cecair brek rendah. Bunyi tajam atau nyaring selalunya menunjukkan pad brek sudah haus dan perlu diganti segera.
  • Baiki brek: Pemeriksaan berkala dan pembaikan yang tepat pada masanya boleh mengelakkan masalah yang lebih serius. Jangan tangguh jika terdapat sebarang perubahan pada prestasi brek.
  1. Penyelenggaraan dan penjajaran roda

Penjagaan tayar yang betul bukan sahaja merangkumi pemeriksaan tekanan tayar, kita juga perlu memeriksa:

  • Putaran tayar: Tukar kedudukan tayar anda setiap 5,000 hingga 8,000 km untuk memastikan kehausan yang sekata.
  • Penjajaran roda: Roda yang tidak selaras boleh menyebabkan kehausan tayar yang tidak sekata dan menjejaskan kecekapan penggunaan bahan api. Pastikan penjajaran diperiksa secara berkala bagi mengekalkan prestasi dan keselamatan.
  1. Penjagaan cat dan badan kereta

Rupa cat dan badan kereta yang terjaga bukan sekadar untuk penampilan, malah boleh mencegah masalah hakisan.

  • Mencuci dan menggilap secara rutin: Selalulah cuci kereta untuk buang kotoran, garam, dan habuk yang boleh merosakkan permukaan.
  • Membaiki calar dan kemek kecil: Baiki masalah kecil supaya tidak menjadi masalah yang lebih serius.
  • Servis cat dan badan kereta oleh Carro: Untuk hasil kemasan yang tahan lama dan nampak baru, boleh cuba servis profesional seperti Carro Care
  1. Penyelenggaraan bateri

Bateri kereta membekalkan kuasa kepada komponen penting seperti enjin dan sistem elektronik. Kalau bateri mati, anda boleh tersadai di tepi jalan, jadi pastikan bateri diperiksa secara berkala.

  • Jangka hayat bateri: Kebanyakan bateri biasanya tahan selama 2–5 tahun, bergantung pada penggunaan dan keadaan cuaca.
  • Tanda-tanda bateri bermasalah: Enjin sukar dihidupkan, lampu malap, atau lampu amaran bateri di papan pemuka menyala.
  • Tip: Periksa bateri masa servis supaya tak ada masalah mengejut.
  1. Servis penyaman udara

Dengan cuaca yang panas dan lembap di Malaysia, penyaman udara membantu kita kekal selesa dalam kereta.

  • Menukar penapis udara: Tukar penapis udara secara rutin untuk memastikan udara kekal bersih. Biasanya, penapis perlu diganti sekali setahun.
  • Isian gas: Jika penghawa dingin mula rasa kurang sejuk, mungkin gas penyejuk perlu diisi semula.
  • Servis penuh: Pemeriksaan tahunan penyaman udara boleh mencegah kebocoran dan kerosakan pada pemampat.
  1. Pengelap cermin kereta dan lampu

Bahagian kecil seperti ini sering diabaikan—sehinggalah hujan turun atau anda memandu waktu malam.

  • Penjagaan pengelap: Tukar bilah pengelap sekitar sekali setahun untuk kekalkan penglihatan yang jelas dan keselamatan anda semasa memandu.
  • Pemeriksaan lampu: Pastikan semua lampu kereta (luar dan dalam) berfungsi, terutamanya lampu brek dan lampu isyarat.

Senarai semak (Checklist) servis kereta anda

Senarai semak boleh membantu anda untuk sentiasa peka dengan penjagaan kereta. Ini jadual dan panduan ringkasnya:

  • Setiap minggu: Periksa tekanan tayar dan lihat jika ada kerosakan yang jelas. 
  • Setiap bulan: Semak paras minyak enjin dan cecair-cecair penting. 
  • Setiap 5,000 – 8,000 km: Putar kedudukan tayar dan lakukan pemeriksaan brek ringkas. Lihat ketebalan pad brek di antara angkup (caliper) dan rotor. Kebanyakan pad brek mempunyai ketebalan dalam sekurang-kurangnya 3mm. Jika nampak terlalu nipis, itu tandanya sudah sampai masa untuk ditukar.
  • Setiap 10,000 km atau setiap 6 bulan: Tetapkan jadual berkala untuk menukar minyak enjin dan buat pemeriksaan menyeluruh bersama mekanik. Untuk servis profesional dan harga yang telus, anda boleh buat janji temu dengan Carro Care.

Kekal selamat dan selesa dengan penyelenggaraan berkala

Sebagai seorang pemandu kita perlu menjaga kereta dengan baik bagi memastikan keselamatan dan kecekapan kereta kita berterusan untuk jangka masa yang panjang. Servis kereta berkala, termasuk servis menukar minyak enjin, membaiki brek, penjagaan tayar, dan juga badan dan cat kereta, adalah sangat penting. Ia membantu melindungi keselamatan anda dan memastikan kos servis tidak terlalu tinggi untuk masa hadapan (dengan mengurangkan kerosakan dan alat ganti mahal).

Ingat senarai semak ini, dan kalau nak cuba servis profesional dan berkualiti cubalah Carro Care. Anda boleh baca lebih lanjut tentang Carro Care di sini.

Enam Servis Carro Care Malaysia

Related Articles

Back to top button