Carro News

7 jenis pembeli kereta yang sering kami temui – Anda tergolong yang mana?

Dalam Jalan Ke Kebenaran, seorang pembeli berjumpa dengan seorang penjual di atas bumbung untuk sesi pandu uji yang sepatutnya mudah…Namun, suasananya lebih terasa seperti urusan yang mencurigakan. Hal ini demikian kerana pembelian kereta terpakai tanpa maklumat, dan platform yang betul atau suasana yang menyakinkan boleh menjadi situasi yang meragukan – dengan pantas.  

 

Mujurlah, semuanya berjalan lancar kerana pembeli dalam video tersebut sebenarnya membeli daripada platform yang dipercayai – Carro.

Di Carro, kami telah bekerjasama dengan ribuan pembeli kereta, dan kami telah menemui pelbagai jenis. Ada pembeli yang tahu apa yang mereka lakukan. Yang lain? Tidak begitu.

Berikut adalah 7 jenis pembeli yang kami sering temu. Jika anda rasa anda tergolong dalam salah satunya, jangan risau – kami akan membantu anda meningkatkan tahap anda.

1. ‘Scroller

Anda telah melayari senarai kereta selama 6 bulan tetapi masih belum melihat atau membeli walau sebuah kereta pun. Situasi klasik ‘analysis paralysis’.

Naik tahap: Dengan Carro, anda boleh menempah pandu uji atau kereta secara dalam talian. Penjadualan hanya satu klik sahaja.

2. Si “Berapa Harga Terbaik?”

Mesej pertama: “Harga terbaik?” Tiada “hai,” tiada konteks.

Naik tahap: Kami faham, anda suka terus kepada perkara utama. Kami tak kisah dengan soalan yang terus-terang dan ringkas. Di Carro, harga kami sudah telus dan berpatutan. Pantau promosi kami untuk tawaran yang lebih hebat.

3. Peminat Pandu Uji

Anda telah pandu uji 5 buah kereta minggu ini… dan anda masih “tengah pikir lagi.”

Naik tahap: Semua kereta Carro Certified telah diperiksa sepenuhnya dan sedia untuk dipandu. Anda tidak perlu pandu uji 10 kali – anda cuma perlukan sebuah kereta yang benar-benar sesuai.

4. Pakcik Pemeriksa

Anda datang bersama sepupu, pakcik, dan lampu suluh – bersedia untuk mencari dan menanda setiap kecacatan serta ketidaksempurnaan.

Naik tahap: Di Carro, kami berikan laporan pemeriksaan penuh siap sedia untuk anda. Anda tidak perlu kumpulkan pasukan CSI.

5. Si Pelengah Pinjaman

Anda telah jumpa kereta idaman, tetapi masih belum uruskan pembiayaan.

Naik tahap: Kami akan membantu anda dengan permohonan pinjaman dan pembiayaan di Carro. Tiada yuran atau caj tersembunyi.

6. Pembeli “Nanti Saya Confirm”

Anda suka kereta itu, janji akan pindahkan deposit “malam ini,” kemudian terus menghilang.
Naik tahap: Tawaran hebat tidak akan kekal selamanya. Tempah kereta tersebut untuk mengesahkannya. Di Carro, kami menawarkan jaminan pulangan wang dalam 5 hari untuk semua kereta Carro Certified.

7. Pembeli Bijak

Anda tahu bajet sendiri, sudah buat kajian, tanya soalan yang tepat, dan berjaya mendapat tawaran tersebut.

Naik tahap: Anda sudah pun melakukannya. Anda adalah pembeli Carro yang sempurna. Selamat datang ke kelab! 

Tiada isu kepercayaan di sini.

Pembelian kereta daripada Carro bermakna:

  • Setiap kereta diperiksa; kami mempunyai Carro Certified, Carro Certified Lite dan pilihan As-is juga. Semuanya mengandungi laporan pemeriksaan yang sempurna
  • Tiada pertemuan yang mencurigakan – kami uruskan semuanya daripada pandu uji hingga dokumen
  • Beli dalam talian sepenuhnya atau kunjungi bilik pameran kami
  • Harga telus dan sokongan pembiayaan turut disediakan

Sedia menjadi pembeli bijak? Mula layari sekarang.

 

 

Related Articles

Back to top button