Buying and Selling Tips/GuidesCarro News

Apa Itu Kereta Carro As-Is?

Kalau Carro Certified dan Carro Certified Lite ialah jaminan kualiti kami, kereta Carro As-Is pula adalah rangkaian kereta terpakai terbaru daripada kami yang lengkap dengan pemeriksaan 160 poin. Setiap kereta Carro As-Is telah diperiksa dengan teliti untuk memastikan tiada kerosakan serius akibat kemalangan, kebakaran atau banjir. 

Carro As-is BM

Read in English

Kereta Carro Certified vs Certified Lite vs As-Is

Jom cuba fahami perbezaan-perbezaan penting antara kereta Carro Certified, Certified Lite dan Carro As-Is supaya anda boleh pilih kereta terpakai yang paling sesuai untuk anda.

CARRO CERTIFIED

Kereta Sebaik Yang Baru

CARRO CERTIFIED LITE

 

Kereta Berkualiti Yang Menepati Bajet

CARRO AS-IS

 

Kereta As-Is Pada Harga Berpatutan, D
iperiksa Sepenuhnya.

Pemeriksaan 160 Poin
Tiada Kerosakan Serius Akibat Kemalangan, Kebakaran & Banjir
Perbatuan Hingga 100,000km Hingga 190,000km
Usia Kereta Hingga 5 tahun Hingga 13 tahun
Jaminan Pulangan

Wang Dalam 5 Hari

Tiada
Waranti Untuk Enjin & Kotak Gear 12 Bulan 3 Bulan Tiada
Tiada Manipulasi

Meter Perbatuan

Tiada

Kereta Carro yang mana sesuai untuk anda?

Kalau nak kereta yang macam baru, pilihlah kereta Carro Certified

Carro Certified -Mitsubishi Xpander 2022

Ini memang pilihan yang paling mantap untuk yang bercita rasa lebih eksklusif dan yang mahukan kereta terpakai Sebaik Yang Baru. Pandu pulang kereta yang dibaik pulih sepenuhnya dengan waranti 12 bulan dan jaminan pulangan wang dalam 5 hari.

Kalau nak berjimat lebih sikit, pilihlah kereta Certified Lite

Carro Certified Lite - Honda Civic 2019

Sangat sesuai untuk pembeli-pembeli yang peka bajet dan mahukan kereta terpakai dalam keadaan terbaik. Kereta Carro Certified Lite dibaik pulih sepenuhnya untuk memastikan ia tiada kerosakan serius, lengkap dengan waranti 3 bulan untuk enjin dan kotak gear.

Kalau nak lebih banyak pilihan pada harga berpatutan, pilihlah Carro As-Is

Carro As-is Honda Civic Black

Sesuai untuk mereka yang mahu beli serta-merta dan memerlukan kereta terpakai yang sudah diperiksa oleh profesional – dan juga untuk pembeli yang mahukan lebih banyak pilihan dan rangkaian jenis kereta. Tanpa had perbatuan atau usia, kereta Carro As-Is menawarkan banyak pilihan yang sedia ada dengan nilai hebat, lengkap dan telus dengan laporan pemeriksaan penuh untuk anda.

Kenapa Carro As-Is pilihan terbaik berbanding pengedar kereta terpakai tradisional ?

Tak seperti kebanyakan pengedar kereta terpakai tradisional atau penjual persendirian, semua kereta Carro As-Is telah melalui pemeriksaan 160 poin yang menyeluruh. Ada banyak perkara yang pembeli terpaksa ragu-ragu bila membeli dengan penjual langsung atau pengedar kereta terpakai, dengan risiko-risiko seperti kerosakan tersembunyi dan sejarah kemalangan yang tidak telus. Dengan kereta Carro As-Is, anda akan tahu seluruh sejarah kereta tersebut – dengan maklumat yang lengkap, anda boleh teruskan pembelian dengan yakin.

Pemeriksaan 160 poin kami yang teliti memastikan bahawa, walaupun tidak dibaik pulih, setiap kenderaan Carro As-Is sedia untuk dipandu dan bebas daripada kerosakan serius akibat kemalangan. Untuk memahami lebih lanjut dan spesifik tentang pemeriksaan 160 poin kami, sila tengok senarai penuh pemeriksaan di sini.

Carro As-Is – Mudah, meyakinkan, dan berbaloi

Carro As-Is memang direka khas untuk pembeli yang memerlukan kereta terpakai secepat mungkin dan yang ada bajet yang lebih ketat. Anda akan tahu sepenuhnya keadaan kereta yang dibeli dan boleh berasa lega bila tahu yang kereta anda telah diperiksa oleh Carro. Prosesnya mudah: kalau anda dah suka mana-mana kereta, anda boleh beli kereta itu “as-is” dan bawa ia pulang. Apa yang anda lihat, itulah yang anda dapat.

Sedia nak memandu?

Lihat rangkaian kereta Carro As-Is terbaru kami dan rasai kemudahan, keyakinan dan sokongan lengkap yang anda akan dapat bila membeli kereta terpakai yang sudah diperiksa oleh Carro. Nikmati pembelian kereta tanpa rasa risau dan pandu keluar dengan yakin bila anda tahu yang anda telah membuat keputusan yang bijak.

Related Articles

Back to top button