Bila masa paling sesuai untuk jual kereta lama & beli kereta baru?
Kalau dijaga dengan elok, sebuah kereta mungkin boleh dipandu sehingga 15 tahun! Tapi, realitinya untuk kebanyakan orang, bila kereta dah berusia, makin banyak kerosakan yang timbul. Kos pembaikan, alat ganti, dan upah mekanik pula kadang-kadang jadi lebih tinggi daripada membeli kereta baru.
Jadi, bila masa paling sesuai nak beli kereta baru dan trade-in kereta lama? Sebenarnya ada dua waktu kritikal untuk jual kereta terpakai anda:
-
Ketika kereta masih baru dan nilainya masih tinggi
-
Selepas habis bayar ansuran, tapi kos pembaikan dan risikonya dah terlalu tinggi
Kesimpulannya, tukarlah kereta bila anda benar-benar ada kemahuan atau bila keperluan mendesak.
1. Ketika kereta masih bernilai tinggi

Kalau kereta anda berusia sekitar 5 tahun dengan perbatuan lebih kurang 80,000km, ia masih boleh dianggap “baru”. Inilah masa terbaik untuk menjual jika anda nak harga yang lebih tinggi.
Usia kereta
Dalam 5 tahun pertama, nilai kereta biasanya jatuh paling banyak (sekitar 40–50% daripada harga asal). Walaupun begitu, kereta dalam tempoh ini masih dianggap “baru” kerana pembeli nampak peluang untuk miliki kereta idaman pada harga lebih rendah.
Perbatuan (mileage)
Kalau mileage bawah 80,000km, pembeli lebih yakin. Maksudnya enjin dan komponen lain masih belum terlalu haus, dan jangka hayatnya masih panjang.
Waranti kerosakan
Dalam 3-5 tahun pertama, kebanyakan kereta masih dilindungi waranti pengeluar. Waranti ni berbeza dengan insurans — ia melindungi kos kerosakan akibat kecacatan kilang. Selepas waranti tamat, pemilik kena tanggung sendiri kos pembaikan besar. Sebab itu ramai yang jual kereta sebelum atau sejurus selepas waranti habis.
Kalau waranti dah tamat, kenapa pembeli masih berminat? Sebab bila dijual melalui pengedar bertauliah macam Carro, kereta akan melalui pemeriksaan 160 poin serta dapat jaminan tambahan untuk enjin dan kotak gear. Jadi pembeli lebih yakin dengan kereta Carro Certified.

Keadaan fizikal dan kosmetik
Dalam tempoh 5 tahun, cat asal, interior, dan komponen mekanikal biasanya masih elok. Ini memudahkan kereta dijual dengan lebih cepat dan harga lebih tinggi.
Ramai pemilik pilih untuk jual dalam tempoh ini – sama ada untuk upgrade ke model lebih canggih, atau tukar ke kereta lebih jimat minyak dan kos penyelenggaraan.
2. Selepas ansuran habis, tapi kos pembaikan dan risiko makin tinggi
Habis bayar, tapi kos lain naik
Memang lega bila pinjaman kereta habis – tak perlu fikir ansuran bulanan lagi. Tapi bila kereta dah masuk usia 8 hingga 12 tahun, masalah mula datang satu demi satu. Aircond tak sejuk, enjin berbunyi pelik, kotak gear buat hal. Kos baik pulih pula kadang-kadang hampir sama dengan bayaran ansuran kereta baru.
Hidup harian terganggu

Ramai rasa sayang nak lepaskan kereta sebab dah habis bayar. Tapi bila kerap rosak, ia sebenarnya menyusahkan. Duit habis untuk baiki, masa terbuang tunggu bengkel, risiko tersadai di tepi jalan pun semakin tinggi. Semua ini menjejaskan keselesaan dan juga keselamatan.
Sebab itu, walaupun nilai pasaran kereta lama dah rendah, ramai tetap pilih untuk jual dan tukar kepada kereta yang lebih jimat, lebih selamat, dan kurang pening kepala. Tambahan pula, banyak model baru sekarang datang dengan teknologi keselamatan moden yang boleh buat pemanduan lebih tenang.
Kesimpulannya
Orang tukar kereta atas sebab berbeza. Ada yang nak trade-in awal untuk dapat harga terbaik, ada yang tunggu sampai habis bayar dan jual bila kos penyelenggaraan dah terlalu tinggi. Ada yang perlukan ruang lebih luas untuk keluarga, ada yang cari kereta lebih jimat untuk kerja, ada juga yang mahukan keselesaan dan ciri keselamatan moden.
Dan kadang-kadang, kita tukar kereta bukan sebab terpaksa, tapi sebab diri kita sendiri berubah. Kita nak kereta yang sesuai dengan gaya hidup kita hari ini. Sama ada sebab keperluan atau kemahuan, semua pilihan itu relevan – yang penting, ia sesuai untuk anda.
Nak jual kereta lama anda? Senang. Dapatkan harga terbaik untuk kereta anda bila anda jual dengan Carro. Anda boleh dapatkan anggaran harga dengan senang di sini.



