Insurance

Cara memindahkan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) sebelum menjual kereta anda 

Tahniah! Anda mahu menjual kereta anda untuk naik taraf (upgrade) ke kereta baru! Cuma ada satu isu: anda kena memindahkan Diskaun Tanpa Tuntutan (No-Claim Discount – NCD) daripada kereta lama ke kereta baru. Jadi apa sebenarnya NCD, kenapa anda perlu memindahkannya, dan bagaimanakah caranya?

Apa itu NCD?

Setiap kereta wajib diinsuranskan, jika tidak, anda tidak boleh memandunya secara sah. Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) adalah sistem ganjaran dalam insurans kenderaan yang memberikan diskaun premium kepada pemandu yang tidak membuat tuntutan, dengan kadar yang meningkat setiap tahun sehingga maksimum 55% selepas lima tahun.

Ya betul, dengan memandu dengan selamat anda boleh menikmati penjimatan yang lebih besar!

Tahun  Kadar NCD
1 0%
2 25%
3 30%
4 38.33%
5 45%
6+ 55%

Dengan kadar NCD 55%, penjimatan insurans anda memang besar! Tapi kalau anda nak upgrade ke kereta baru, kadar NCD anda akan kembali ke 0%, dan ini boleh menyebabkan premium insurans jadi jauh lebih mahal. Untuk mengelakkan bayaran insurans yang tinggi, anda boleh memindahkan NCD daripada kereta lama ke kereta baru. Proses ini boleh dilakukan sama ada sebelum atau selepas anda menjual kereta lama anda. 

Ini contoh menggunakan kereta Carro Certified 2020 PERODUA MYVI AV 1.5 AT dan kereta Carro Certified 2022 HONDA CITY V-SENSING 1.5 AT.

Car Media Image

Insurans Myvi no NCD

Insurans Myvi full NCD

 

Car Media Image

Insurans City no NCD

Insurans City Full NCD

Kalau anda tak jual kereta lama, beza premium insurans sebelum dan selepas NCD dipindahkan agak besar dimana anda boleh gunakan untuk benda lain! (Mungkin rim baru?) Jumlah ini sudah tentu juga boleh jadi lebih tinggi atau lebih rendah bergantung pada kereta baru yang anda beli. 

Sebelum anda terburu-buru untuk pindahkan NCD dan jual kereta second hand anda, ada beberapa syarat yang anda kena penuhi dahulu.

Syarat-syarat untuk memindahkan NCD

  1. Untuk memindahkan NCD, pemilik bagi kereta baru dan kereta lama mestilah orang sama. Anda tidak boleh memindahkan NCD daripada kereta anda ke kereta keluarga atau rakan.

  2. Kedua-dua kenderaan mestilah dalam jenis dan kategori yang sama. Contohnya, anda tidak boleh memindahkan NCD daripada kenderaan persendirian ke kenderaan syarikat atau komersial, dan sebaliknya. Pemindahan NCD daripada kereta ke motosikal juga tidak dibenarkan kerana kadar NCD untuk motosikal dihadkan pada 25% manakala kadar NCD kereta boleh meningkat setiap tahun sehingga maksimum 55%.

Jika anda sudah mengesahkan bahawa syarat ini dipenuhi, anda boleh ke langkah seterusnya.

Cara memindahkan NCD

Signature, document

Anda hanya perlu hubungi syarikat insurans kereta baru anda dan minta sebut harga (quotation). Maklumkan kepada mereka bahawa anda mahu memindahkan NCD. Berikan nombor pendaftaran kenderaan lama anda dan mereka akan menguruskan pemindahan tersebut! Selepas itu, anda hanya perlu bayar premium insurans baru anda yang sudah pun menikmati diskaun NCD! Anda tak perlu tunggu insurans kereta lama anda tamat tempoh untuk pemindahan ini.

Apabila pemindahan selesai, kereta lama akan hilang diskaun NCD. Ini bermaksud anda perlu membayar baki premium insurans kereta lama. Namun, jika anda sudah membayar jumlah penuh insurans kereta baru sebelum memindahkan NCD, anda akan menerima bayaran balik bersamaan dengan nilai diskaun NCD untuk kereta baru. Mudah, kan?

Jika anda sudah pun menjual kereta lama, anda masih boleh memindahkan NCD ke kereta baru! Anda hanya perlu kemukakan bukti penjualan kepada syarikat insurans, dan mereka akan menguruskan pemindahan untuk anda.

Kesimpulannya, mengekalkan nilai NCD adalah sangat penting untuk pemilik kereta. Ia boleh menolong mengurangkan bayaran insurans dan memindahkannya daripada kereta lama ke kereta baru adalah langkah yang bijak dan senang.

Kalau anda masih rasa semua ni agak leceh, anda boleh jual atau trade-in kereta anda dengan Carro! Kami akan menguruskan segalanya daripada pemindahan hak milik sehinggalah penghantaran kereta baru anda terus ke depan pintu. Dan ya, kami juga akan bantu uruskan pemindahan NCD anda!

Related Articles

Back to top button