Buying and Selling Tips/Guides

Jom Semak Cukai Jalan dan Lesen Memandu dengan 3 Langkah Mudah Melalui MyJPJ

Kini kita sudah di tahun 2025, jadi tak perlulah lagi kena bersusah payah untuk mengikis dan menampal cukai jalan di cermin hadapan kereta walhal kita ada telefon bimbit dan teknologi terbaru untuk mengemaskini status secara real time

Kalau anda masih belum tahu, rakyat Malaysia kini tidak lagi perlu memaparkan pelekat cukai jalan pada kenderaan kerana pelaksanaan Lesen Kenderaan Bermotor Digital (e-LKM) dan Lesen Memandu Digital Persendirian Malaysia (e-LLM)! Jadi bagaimana caranya untuk kita menyemak lesen kenderaan dan lesen memandu digital?

Read in English

MyJPJ app picture

Langkah 1: Muat turun aplikasi MyJPJ

Mula-mula, lawati Apple App Store atau Google Play Store untuk memuat turun aplikasi MyJPJ. Bila aplikasi siap dimuat turun, buka aplikasi tersebut dan ini yang akan anda lihat:

MyJPJ login

Jika anda sudah mempunyai akaun, sila log masuk dan terus pergi ke Langkah 3. Jika belum mendaftar, tekan butang hijau dan terus ke Langkah 2!

Langkah 2: Daftar

Apabila paparan ini muncul, masukkan nombor MyKad anda dan butiran peribadi anda akan ditunjukkan. Semak semula butiran ini, kemudian masukkan kata laluan yang sah untuk akaun anda. Setelah log masuk, anda akan dibawa ke halaman utama.

Langkah 3: Semak cukai jalan anda

Taniah! Anda sudah berjaya! Sekarang anda sudah ada akaun dan boleh melihat semua maklumat anda. Untuk semak lesen anda, tekan butang “Profil” dan lesen memandu dan cukai jalan anda akan dipaparkan.

Ciri-ciri lain aplikasi MyJPJ

Kerana MyJPJ memang dibina untuk mendigitalkan perkhidmatan JPJ, banyak lagi fungsi perkhidmatan lain yang anda boleh gunakan melalui aplikasi ini. Antaranya termasuk menyemak keputusan ujian memandu, saman-saman yang mungkin ada, dan juga membuat aduan! 

Walaupun tidak kesemua ciri-ciri telah dilaksanakan sepenuhnya, anda boleh menjangkakan lebih banyak fungsi yang akan diperkenalkan tidak lama lagi. Jadi ikutilah blog ini supaya tidak terlepas sebarang perkembangan terbaru!

Nak cuba sendiri? Muat turun aplikasi MyJPJ daripada Apple App Store atau Google Play Store Store hari ini.

Related Articles

Back to top button