Myvi terpakai atau Myvi baru. Mana lebih berbaloi?
Perodua Myvi sudah lama menjadi pilihan rakyat Malaysia sebagai kereta harian yang praktikal, jimat, dan boleh dipercayai. Tetapi, bila tiba masa nak beli, persoalan yang selalu timbul ialah: Lebih baik beli Myvi terpakai atau beli Myvi baru?
Dalam artikel ini kita akan kupas kelebihan dan kekurangan kedua-dua pilihan. Terus baca untuk dapatkan panduan lengkap kalau ingin nak beli kereta Myvi.

Kenapa Perodua Myvi dikenali sebagai “Raja Jalanan” atau “King of the Road” di Malaysia?
Boleh menjimatkan penggunaan minyak

Berminat dengan kereta ini? Dapatkan Perodua Myvi AV 2019 ini di Carro. Hanya RM42,800!
Myvi generasi ketiga (2017 dan ke atas) dilengkapi enjin Dual VVT-i dan sistem Eco Idle, teknologi yang menjadikan penggunaan minyak lebih cekap. Dengan Eco Idle, enjin akan dimatikan seketika bila kereta berhenti, contohnya di lampu isyarat. Hasilnya, Myvi lebih jimat minyak samada untuk perjalanan dekat mahupun jauh.
Purata penggunaan bahan api boleh mencecah sekitar 21 km bagi setiap liter di lebuh raya. Sebagai contoh, dengan RM50 petrol (lebih kurang 25 liter), kereta biasa lain mungkin hanya boleh bergerak sejauh 375 km, tetapi Myvi boleh capai hingga 525 km – hampir sama jarak perjalanan KL ke Melaka. Sebab inilah Myvi, sama ada baru atau Myvi terpakai, masih kekal pilihan utama ramai rakyat Malaysia.
All-rounder yang berkualiti tinggi
Selain jimat minyak, Myvi juga terkenal sebab reka bentuknya yang ringkas tapi praktikal, sesuai untuk pelajar universiti, keluarga kecil, mahupun pekerja harian. Ramai pemilik mengakui Myvi jarang mengalami masalah besa, .malah komponennya tahan lasak dan kos penyelenggaraan pula rendah. Semua ini menjadikan Myvi sebuah kereta “serba boleh” yang benar-benar digemari rakyat Malaysia.
Servis selepas jualan yang sangat bagus
Perodua mempunyai rangkaian pusat servis yang luas di seluruh Malaysia, menjadikan penyelenggaraan Myvi sangat mudah. Alat gantinya juga mudah diperolehi dan harganya jauh lebih murah berbanding kereta import.
Ramai pemilik berpuas hati kerana masa menunggu di bengkel singkat, manakala kos penyelenggaraan tahunan Myvi pula antara yang paling rendah dalam kategorinya.
Nilai jual semula tinggi

Berminat dengan kereta ini? Dapatkan Perodua Myvi H 2022 ini di Carro. Hanya RM49,800!
Salah satu sebab Myvi dianggap pelaburan bijak ialah nilai pasaran terpakainya yang stabil. Berbanding dengan model kereta lainyang cepat jatuh harga, Myvi kekal mempunyai harga jual semula yang baik walaupun selepas beberapa tahun digunakan.
Sama ada anda memilih Myvi baru atau terpakai, kedua-duanya menawarkan nilai kompetitif berbanding dengan pesaing dalam segmen sama. Untuk Myvi terpakai,harga bermula sekitar RM29,000 hingga RM58,000 bergantung pada umur dan varian.
Jadi patutkah anda beli kereta Myvi baru atau terpakai?
Kereta Myvi Baru
Kelebihan
- Model terkini datang dengan reka bentuk yang lebih moden
- Dilengkapi teknologi keselamatan canggih seperti Advanced Safety Assist (A.S.A), termasuk Pre-Collision Braking (PCB), Lane Departure Warning (LDW), dan Blind Spot Monitor (BSM).
- Lengkap dengan suspension yang lebih selesa, kabin yang lebih senyap, dan transmisi D-CVT yang bukan saja menjadikan pemanduan lebih lancar, tetapi juga lebih jimat minyak serta responsif berbanding model lama.
- Anda akan dapat waranti penuh dan tiada risiko kerosakan yang disebabkan pengguna sebelum ini.
Kekurangan
- Lebih mahal berbanding Myvi terpakai, dengan ansuran bulanan dan kos awal yang lebih besar.
- Myvi baru perlu diservis di pusat servis sah, ini boleh jadi lebih mahal berbanding servis kereta terpakai di bengkel biasa.
- Kereta baru akan jatuh nilai dengan ketara dalam 3 – 5 tahun pertama.
Kereta Myvi Terpakai

Berminat dengan kereta ini? Dapatkan Perodua Myvi SE 2016 ini di Carro. Hanya RM32,800!
Kelebihan
- Harga Myvi terpakai lebih murah, sesuai untuk pembeli dengan bajet ketat. Anda boleh mendapatkan model 2015 hingga 2020 dengan harga sekitar RM25,000 hingga RM40,000.
- Anda tidak perlu menanggung susut nilai seteruk kereta baru sebagai pemilik kedua. Jika anda jual semula, kerugian lebih rendah.
- Walaupun second-hand, kereta Myvi masih mudah dibaiki kerana alat ganti murah dan banyak di pasaran.
- Sesetengah model generasi ketiga sudah pun dilengkapi teknologi keselamatan moden seperti Adaptive Cruise Control (ACC), Lane Keep Control (LKC), Blind Spot Monitor (BSM) dan Rear Cross Traffic Alert (RCTA).
- Masih tahan lasak dan sesuai digunakan sebagai kereta harian.
Kekurangan
- Risiko keadaannya tidak sebaik kereta baru, jadi anda perlu meneliti sejarah servis, kemalangan, dan keadaan mekanikal kereta.
- Myvi terpakai keluaran 2018 ke bawah belum menggunakan teknologi keselamatan terkini sepenuhnya seperti Advanced Safety Assist (ASA).
- Kemungkinan ada masalah kecil seperti brek, suspensi yang perlu diganti jika tidak diteliti dengan betul semasa membeli.
- Ada juga risiko tersembunyi seperti kemalangan besar, kerosakan akibat banjir, atau manipulasi perbatuan.
- Tanpa waranti, semua kos pembaikan perlu ditanggung sendiri, dan ini boleh menjadi tinggi jika kereta sudah berusia atau kurang diservis.
Myvi baru banding Myvi terpakai
Keputusan sama ada mahu membeli kereta Myvi baru atau terpakai bergantung pada keperluan dan bajet anda. Jika anda perlukan kereta dengan teknologi terkini, waranti penuh, serta tiada risiko masalah kereta lama, Myvi baru adalah pilihan tepat walaupun harganya lebih tinggi.
Sebaliknya, jika bajet menjadi keutamaan, Myvi terpakai tetap menawarkan nilai luar biasa. Dengan harga lebih rendah, anda masih mendapat semua kelebihan utama Myvi – ketahanan, penjimatan minyak, kos penyelenggaraan rendah, serta nilai jual semula yang kukuh.
Untuk pilihan lebih selamat, anda boleh pertimbangkan Myvi Carro Certified. Setiap kereta Carro Certified diperiksa dengan pemeriksaan 160 poin, dan disertakan dengan waranti 12 bulan untuk enjin dan gear box, dan jaminan pulangan wang 5 hari. Lebih penting, kereta Carro Certified bebas manipulasi perbatuan dijamin tiada kerosakan serius akibat kemalangan besar, kebakaran, atau banjir.
Miliki Myvi sebaik yang baru dengan Carro Certified!



