SUV atau MPV: Mana sesuai untuk keluarga besar?
Kalau keluarga makin bertambah – anak dah remaja, ada ahli baru, atau ibu bapa tinggal bersama, memang sampai masanya untuk fikir nak beli kereta lebih besar daripada sedan. Sama ada untuk perjalanan healing bersama keluarga, jalan jauh balik kampung, atau bawa semua sekali bercuti, pilihan kenderaan memang kena tepat.
Kalau kereta terlalu kecil, anda akan hadapi isu ruang sempit dan barang tak muat. Kalau kereta terlalu besar pula, kos beli, maintain, dan isi minyak pula lebih tinggi. Jadi, saiz dan jenis kereta yang sesuai akan tentukan sama ada perjalanan rasa selesa atau menyusahkan.
Biasanya bila nak pilih kereta besar, dua jenis yang selalu jadi pertimbangan: SUV atau MPV. Untuk buat pilihan yang bijak, penting tahu persamaan dan perbezaan antara kedua-duanya.
Apa Itu SUV?

SUV atau Sport Utility Vehicle direka untuk kuasa pemanduan dan fleksibiliti di pelbagai keadaan jalan. Ia biasanya lebih tinggi daripada kereta biasa, memberi pemandangan lebih luas kepada pemandu, dan sesuai untuk mereka yang suka memandu ke pelbagai destinasi tanpa risau keadaan jalan.
Contoh kereta SUV yang popular adalah Honda CR-V, Subaru Forester, dan SUV four-wheel drive (4WD) untuk kegunaan jalan off-road seperti Toyota Fortuner.
Kelebihan SUV
- Pemanduan lasak & stabil, sesuai untuk jalan yang kerap rosak atau off-road.
- Gaya sporty, moden dan nampak ‘gagah’.
- Ground clearance tinggi membantu ketika melalui jalan berbatu atau banjir kilat.
- Ada pilihan 4WD, sesuai untuk yang selalu balik kampung melalui jalan tidak rata.
- SUV kompak atau sederhana lebih senang diparkir berbanding MPV besar.
Kekurangan SUV
- Tempat duduk baris ketiga (jika ada) biasanya lebih sempit berbanding MPV.
- Bila semua barisan digunakan, ruang bagasi jadi agak kecil.
- Penggunaan minyak lebih tinggi, terutamanya untuk enjin besar atau model 4WD.
- Harga belian lazimnya lebih mahal berbanding MPV dengan kapasiti sama.
Apa Itu MPV?

MPV (Multi-Purpose Vehicle) direka khas untuk keluarga besar dan mereka yang mengutamakan ruang serta keselesaan. Bentuknya yang berkotak membantu memaksimumkan ruang dalaman, dengan bumbung tinggi dan susun atur tempat duduk yang fleksibel. Pintu gelangsar pula memudahkan keluar masuk, terutamanya untuk warga emas atau pengguna kerusi roda.
Contoh MPV yang diminati ramai adalah Perodua Alza, Nissan Serena dan Toyota Alphard.
Kelebihan MPV
- Ruang dalaman luas, sesuai untuk keluarga lebih lima orang.
- Baris ketiga boleh digunakan dengan selesa oleh orang dewasa.
- Penumpang mendapat keselesaan setaraf VIP dengan ruang kaki luas, bumbung tinggi, dan sistem pendingin hawa untuk semua barisan.
- Pintu gelangsar memudahkan akses di parkir sempit serta mesra warga emas dan pengguna kerusi roda.
- Sesetengah model dilengkapi ciri tambahan seperti meja lipat, skrin LCD, ruang simpanan bawah lantai, dan banyak pemegang cawan.
- Dalam sesetengah kes, MPV boleh lebih jimat minyak berbanding SUV yang bersaiz sama, bergantung pada enjin dan spesifikasi.
Kekurangan MPV
- Kurang sesuai untuk jalan tidak rata atau off-road; lebih sesuai di jalan berturap.
- Reka bentuk berkotak yang kurang sporty dan bergaya (bergantung pada model).
- Saiz badan kereta besar menjadikannya kurang lincah di jalan sempit dan lebih mencabar untuk diletakkan.
Apa yang perlu dipertimbangkan bila memilih antara MPV atau SUV?
Saiz keluarga
MPV:


Perodua Alza yang dijual oleh CarroKalau anda kerap membawa enam orang atau lebih, lebih sesuai untuk anda beli kereta MPV. Reka bentuknya memberi keselesaan maksimum di semua barisan tempat duduk.
Antara contoh MPV yang terkenal dengan keselesaan ialah Toyota Vellfire, yang menawarkan ruang kaki luas di setiap baris, tempat duduk kereta besar, dan bumbung tinggi yang membuatkan kabin terasa lebih lapang. Bagi pilihan lebih mampu milik, Perodua Alza tetap praktikal dengan kedudukan tempat duduk rendah seperti kereta biasa (mudah dinaiki warga emas dan kanak-kanak), ruang kaki selesa di baris pertama dan kedua, serta baris ketiga yang lebih lapang berbanding SUV saiz setara.
SUV:
SUV pula sesuai untuk keluarga yang lebih kecil dengan anak masih muda. Ruangnya selesa untuk keluarga membesar, sambil mengekalkan keseronokan pemanduan. Direka untuk kuasa dan kestabilan, SUV mudah menangani jalan mencabar seperti di kawasan berbukit atau luar bandar.

Antara contoh SUV popular untuk kegunaan keluarga ialah Toyota Cross, yang menawarkan ruang bagasi luas walaupun tempat duduk baris kedua digunakan sepenuhnya. Perodua Aruz pula memberikan kelebihan tersendiri dengan konfigurasi 7 tempat duduk fleksibel, sesuai untuk menampung keluarga bersaiz sederhana hingga besar sambil mengekalkan harga yang lebih mesra bajet.
Keselesaan penumpang anda
MPV:
Kereta MPV biasanya direka dengan lantai rendah dan pintu gelongsor (sliding door) yang sesuai untuk kereta besar, memudahkan keluar masuk untuk warga emas atau penumpang berkerusi roda. Ini menjadikan kebanyakan MPV lebih praktikal untuk keluarga yang mempunyai warga emas atau penumpang dengan mobiliti terhad.
SUV:
SUV pula biasanya lebih tinggi, jadi penumpang perlu melangkah lebih tinggi ketika naik atau turun. Ciri ini menjadikannya lebih sesuai untuk pemandu dan penumpang yang aktif, seperti keluarga dengan anak remaja atau dewasa muda.
Jenis pemanduan harian
MPV:
Jika kebanyakan pemanduan anda dilakukan di jalan yang terjaga, diturap dan tidak bermasalah, MPV seperti Proton Exora atau Perodua Alza mungkin lebih sesuai. MPV menawarkan keselesaan untuk keluarga anda, ruang yang luas, dan ekonomi bahan api yang lebih baik untuk perjalanan jarak jauh atau perjalanan harian.
SUV:
Namun, jika anda kerap melalui jalan yang tidak rata, berbatu, tidak diturap, atau berdebu, SUV seperti Perodua Aruz dengan ground clearance yang tinggi dan reka bentuk yang lebih lasak menawarkan ketahanan lebih baik serta keyakinan pemanduan yang lebih tinggi.
Bajet
MPV:
MPV terpakai biasanya menawarkan nilai yang lebih baik kerana harga pasaran yang lebih rendah berbanding SUV baru dalam segmen saiz yang sama. Dengan bajet yang terhad, anda boleh mendapatkan kenderaan yang luas dan selesa.
SUV:
Sebaliknya pula, SUV baru biasanya datang dengan ciri keselamatan dan teknologi terkini, namun harganya yang lebih tinggi mungkin melebihi kemampuan sesetengah pembeli. Jika anda mahukan SUV tetapi mahu berjimat, pilihan SUV terpakai boleh dipertimbangkan kerana anda masih dapat menikmati ruang, kuasa, dan gaya pemanduan SUV pada harga yang lebih berpatutan.
Oleh itu, penting untuk menilai bajet keseluruhan termasuk kos pembelian, insurans, penyelenggaraan, dan penggunaan bahan api sebelum membuat keputusan. Untuk mendapatkan gambaran lebih jelas dan membandingkan harga serta keadaan kereta terpakai, anda boleh layari laman web Carro yang menawarkan pelbagai pilihan SUV atau MPV.
Ruang bagasi
MPV:
MPV biasanya menang dalam bab ruang simpanan. Model seperti Nissan Serena boleh memuatkan bagasi besar walaupun anda membawa penumpang penuh kereta.
SUV:
Ruang tempat letak bagasi dalam SUV pula biasanya akan menjadi sempit apabila tempat duduk barisan ketiga digunakan. Jika anda kerap membawa penumpang penuh bersama barang yang banyak, kebanyakan MPV adalah pilihan lebih praktikal dan selesa.
Sekarang, anda sudah faham perbezaan MPV dan SUV untuk buat pilihan tepat!
Jadi, anda nak beli kereta mana?
Kesimpulannya, kalau anda mencari kereta untuk keluarga besar, MPV biasanya menawarkan keselesaan maksimum dan ruang luas di semua barisan tempat duduk. Model second-hand seperti Proton Exora boleh didapati di bawah RM50,000.
Kalau anda mahu kereta besar yang selesa tapi lebih mementingkan pemanduan lebih lasak atau gaya sporty, anda boleh pertimbangkan Perodua Aruz second-hand yang boleh didapati pada harga di bawah RM60,000.

Satu tip penting sebelum membuat keputusan antara kereta SUV atau MPV: bawa seluruh keluarga bersama untuk sesi uji pandu. Jika semua orang selesa dan berpuas hati, barulah rasa yakin membawa pulang kereta idaman!
Dah tahu anda nak SUV atau MPV? Jom lihat semua pilihan model kereta ini di Carro!



