Buying and Selling Tips/GuidesCar Care TipsLifestyle

10 aksesori kereta wajib ada untuk keselamatan dan keselesaan pemanduan anda

Keselamatan dan keselesaan adalah dua perkara utama yang perlu diberi perhatian serius ketika memandu. Sama ada perjalanan anda jauh atau dekat, pelbagai situasi yang boleh berlaku. Ada yang boleh dijangka, ada juga yang datang tanpa disangka. Sebab itu, selain menjaga kereta dengan baik, penting juga untuk melengkapkan kereta dengan aksesori tambahan yang dapat meningkatkan perlindungan dan memudahkan pemanduan.

Dalam artikel ni, kami kongsikan 10 aksesori kereta atau gadget kereta yang wajib ada supaya setiap kali anda memandu, anda lebih yakin dan lebih selesa.

1. Kamera papan pemuka (Dashcam)

car dashcam

Dashcam kini menjadi antara aksesori kereta paling popular.  Fungsinya adalah merakam segala kejadian di jalan raya, termasuk kemalangan, insiden trafik, atau tingkah laku berbahaya pemandu lain. Rakaman ini boleh dijadikan bukti penting untuk kes insurans atau saman.

Tip Carro:

  • Pilih dashcam terbaik dengan kualiti rakaman tinggi (sekurang-kurangnya yang Full HD 1080p), sudut pandang luas (minimum 140°), serta kemampuan rakaman malam (night vision) yang jelas.
  • Pastikan ada fungsi loop recording supaya rakaman lama diganti secara automatik tanpa risau memori penuh.
  • G-sensor membolehkan dashcam mengesan hentakan dan mengunci rakaman supaya tidak terpadam.
  • Parking mode pula membolehkan dashcam terus berfungsi walaupun enjin dimatikan, biasanya bila ada hentakan atau pergerakan berhampiran kenderaan.

2. Alat pemadam api kereta

Ramai pemandu tak terfikir untuk menyimpan alat pemadam api dalam kereta, padahal ia boleh jadi penyelamat ketika kecemasan. Alat pemadam api khas untuk kenderaan mampu memadam kebakaran kecil sebelum api merebak, terutama yang melibatkan petrol atau diesel. Ia mungkin nampak remeh, tapi dalam keadaan genting ia boleh menyelamatkan nyawa.

Tip Carro:

  • Pilih alat pemadam dalam 1 – 2kg dalam kelas B untuk kebakaran cecair mudah terbakar seperti petrol dan diesel. Untuk perlindungan lebih menyeluruh, pilih jenis ABC (sesuai untuk kain, plastik, cecair mudah terbakar dan kebakaran elektrik).
  • Periksa tarikh luput dan tekanan secara berkala, gantikan bila perlu supaya sentiasa berfungsi.
  • Simpan di tempat mudah capai seperti bawah tempat duduk pemandu atau ruang pintu.
  • Jika kebakaran besar berlaku, utamakan keselamatan diri—tinggalkan kenderaan segera dan hubungi bomba.

3. Kit pertolongan cemas (First Aid Kit)

First aid kit

Kit pertolongan cemas wajib ada dalam kereta kerana ia sangat berguna untuk merawat kecederaan ringan atau menstabilkan mangsa sementara menunggu bantuan tiba. Lebih-lebih lagi kalau anda kerap memandu jauh atau melalui kawasan terpencil di mana akses kepada klinik atau hospital terhad.

Tip Carro:

  • Lengkapkan kit dengan bahan asas seperti pembalut, plaster, antiseptik, sarung tangan pakai buang, dan gunting.
  • Semak tarikh luput dan ganti bekalan yang telah digunakan.
  • Pertimbangkan untuk belajar asas pertolongan cemas seperti CPR dan rawatan luka supaya kit ini dapat digunakan dengan lebih berkesan ketika kecemasan.

4. Kabel Penyambung Bateri (Jumper cable)

Car jumper cables

Jumper cable antara aksesori penting yang wajib ada kerana ia boleh menghidupkan semula kereta yang kehabisan bateri dengan bantuan kereta lain. Situasi ini boleh berlaku bila-bila masa, terutamanya jika anda jarang guna kereta atau terlupa matikan lampu.

Sebagai alternatif, anda boleh juga pertimbangkan jump starter mudah alih atau power bank kereta. Walaupun lebih mahal dan perlu dicas secara berkala, ia lebih praktikal dan selamat kerana tidak memerlukan kereta lain untuk membantu. Pilihan ini sangat berguna jika bateri kereta anda mati di tempat sunyi atau terpencil.

Tip Carro:

  • Pilih jumper cable berkualiti tinggi dengan kapasiti yang sesuai untuk kereta anda.
  • Sentiasa ikuti arahan sambungan yang betul (positif ke positif, negatif ke negatif) untuk mengelakkan kerosakan elektronik atau percikan api.

5. Tukul cermin

car glass breaker

Tukul cermin sering dianggap remeh, tetapi ia sebenarnya antara alat keselamatan paling penting untuk dimiliki dalam kereta. Dengan hujung tajam untuk memecahkan cermin tingkap dan bilah kecil untuk memotong tali pinggang keledar, alat ini boleh menjadi penyelamat dalam situasi kecemasan – contohnya jika kereta terbalik, pintu tersekat, atau terperangkap dalam air.

Tip Carro:

  • Simpan di tempat mudah dicapai seperti konsol tengah atau ruang pintu kereta.
  • Pilih produk yang kukuh dan dipercayai supaya tidak patah atau rosak ketika digunakan.
  • Fahami cara penggunaannya lebih awal. Anda boleh rujuk video panduan ringkas di YouTube untuk bersedia menghadapi kecemasan.

6. Pam angin dan tolok tekanan tayar

5 car gadgets to buy

Pam angin mudah alih bersama tolok tekanan (pressure gauge) adalah antara aksesori penting yang patut ada dalam setiap kenderaan. Tekanan tayar yang tidak seimbang bukan saja meningkatkan risiko kemalangan, malah boleh menyebabkan tayar cepat haus dan penggunaan minyak jadi lebih.

Dengan pam angin mudah alih, anda boleh mengisi angin tayar di mana sahaja tanpa perlu bergantung pada stesen minyak. Tolok tekanan pula membantu anda menyemak bacaan tekanan dengan lebih tepat dan memastikan tayar sentiasa berada pada tahap yang disyorkan pengeluar kereta.

Tip Carro:

  • Semak tekanan tayar sekurang-kurangnya sekali sebulan.
  • Pastikan pam angin yang dibeli sesuai dengan jenis kenderaan anda.
  • Gunakan tolok tekanan digital untuk bacaan yang lebih tepat dan mudah dibaca.

7. Pemegang telefon (phone holder)

phone holder

 

Phone holder bukan lagi sekadar aksesori tambahan, ia sudah jadi gadget kereta wajib untuk kebanyakan pemandu. Dengan pemegang yang kukuh dan stabil, anda boleh melihat navigasi dengan mudah tanpa perlu memegang telefon, sambil memastikan kedua-dua tangan kekal di stereng.

Tip Carro:

  • Pilih pemegang telefon jenis yang dipasang pada dashboard atau windscreen yang stabil dan tidak mengganggu pandangan.
  • Elakkan produk terlalu murah yang longgar, kerana telefon mudah jatuh bila jalan bergegar.
  • Model dengan fungsi magnet kuat atau grip kuat dan boleh laras biasanya lebih tahan lama dan mudah digunakan.

8. Kabel USB untuk caj telefon

Kabel USB berkualiti tinggi sangat berguna untuk memastikan telefon sentiasa dicaj, terutamanya semasa perjalanan jauh atau ketika bateri hampir habis pada saat tidak dijangka. Dengan kabel tambahan yang sentiasa ada dalam kereta, anda tak perlu risau jika terlupa bawa dari rumah. Sambungkan saja pada port pengecas kereta dan telefon anda terus dicas.

Tip Carro:

  • Kabel sahaja tidak mencukupi, pastikan anda guna bersama adapter atau port kereta yang menyokong pengecasan pantas.
  • Pilih kabel berkualiti dengan pensijilan keselamatan (contoh: MFI-certified untuk iPhone atau kabel original untuk Android) supaya lebih selamat dan tidak merosakkan bateri.
  • Kabel braided biasanya lebih tahan lasak berbanding kabel biasa kerana tidak mudah putus atau terkopek.

9. Karpet lantai kereta yang sesuai & mudah dibersihkan

Karpet lantai kereta yang sesuai dan mudah dibersihkan adalah aksesori penting untuk keselamatan dan keselesaan pemanduan. Karpet yang stabil boleh mengelak kaki tergelincir ketika menekan pedal dan memastikan ruang dalaman kereta sentiasa kemas. 

Walaupun kereta anda mungkin sudah ada karpet asal, memilih karpet berkualiti atau menggantikan karpet lama yang haus membantu mengekalkan pengalaman pemanduan yang lebih selesa dan selamat.

Tip Carro:

  • Pilih karpet yang direka khas mengikut model kereta anda supaya saiznya tepat dan tidak bergerak.
  • Pastikan karpet tidak menutup atau mengganggu pergerakan pedal.
  • Gunakan klip pengikat (locking clips) karpet supaya karpet tidak bergerak-gerak.

10. Tong sampah kecil

Jangan pandang ringan soal kebersihan dalam kereta. Tong sampah kecil mungkin nampak remeh, tapi ia sebenarnya antara aksesori kereta yang paling penting untuk mengekalkan suasana yang selesa dan kemas. Dengan adanya tong khusus, sampah tak lagi bertaburan di poket pintu, celah tempat duduk, atau lantai. 

Tip Carro:

  • Pilih tong bersaiz sesuai dan mudah dibersihkan untuk diletakkan di tempat yang tidak menghalang pedal atau ruang kaki penumpang.
  • Gunakan liner plastik untuk memudahkan pembuangan sampah.
  • Kosongkan tong secara berkala untuk elak bau dan serangga.

Tingkatkan keselamatan & keselesaan dengan Carro

Ingat, sentiasa semak keadaan dan tarikh luput aksesori, simpan alat kecemasan di tempat mudah dicapai, dan ia mematuhi piawaian keselamatan. Aksesori kereta yang tepat dan berkualiti bukan saja menambah keselesaan, tapi juga meningkatkan keselamatan setiap perjalanan. 

Selain aksesori, penyelenggaraan kereta juga penting untuk pengalaman pemanduan yang selamat dan tenang. Carro Care menyediakan servis menyeluruh termasuk body & paint, brek, tayar, penyaman udara, dan dalaman kereta, supaya kenderaan anda sentiasa dalam keadaan terbaik.

Enam Servis Carro Care Malaysia

Tempah servis Carro Care hari ini di sini atau kunjungi cawangan terdekat anda!

Baca selanjutnya: 7 bahagian kereta yang wajib diservis

Related Articles

Back to top button