Car Care Tips

5 cara jaga penyaman udara (aircond) kereta daripada cepat rosak dengan mudah

Aircond atau penyaman udara adalah komponen penting untuk keselesaan memandu, terutamanya dalam cuaca panas dan lembap di Malaysia. Bila aircond mula rosak atau tidak lagi sejuk, perjalanan singkat pun boleh rasa lama dan suasana dalam kereta jadi tidak selesa.

Ramai pemandu tak sedar tabiat harian mereka sebenarnya memberi tekanan besar pada sistem aircond. Akibatnya, bila aircond gagal berfungsi, kos pembaikan boleh jadi tinggi.

Sebenarnya, cara jaga aircond yang betul tidak susah. Dengan langkah mudah setiap hari, anda boleh memanjangkan jangka hayatnya dan elakkan kos besar kemudian. Jom tengok 5 cara mudah jaga aircond kereta anda.

Kenapa penjagaan aircond kereta penting?

Aircond kereta bukan sekadar menyejukkan udara, tapi juga mempengaruhi kesihatan dan nilai kenderaan anda. Bila sistem aircond tak berfungsi dengan baik, aliran udara jadi kurang bersih dan boleh menyebarkan bakteria atau bau hapak dalam kabin.

Selain itu, kalau anda bercadang nak jual kereta terpakai, aircond yang rosak atau tak sejuk akan menurunkan nilai jualannya. Jadi, penjagaan aircond penting bukan saja untuk keselesaan pemanduan, tapi juga untuk kesihatan anda dan mengekalkan harga kereta di pasaran second-hand.

5 cara jaga aircond kereta supaya tahan lama

car aircond not cold

1. Elakkan terus meghidupkan aircond pada suhu paling sejuk

Ramai pemandu terbiasa terus menetapkan aircond ke suhu paling rendah sebaik sahaja masuk kereta. Tabiat ini sebenarnya memberi tekanan besar kepada compressor kerana ia terpaksa bekerja keras dari awal untuk menyejukkan kabin yang panas. Lama-kelamaan, tekanan ini boleh mempercepatkan kerosakan komponen dalaman.

Bila compressor terpaksa bekerja terlalu kuat, penggunaan minyak juga boleh meningkat kerana sistem aircond berkait rapat dengan enjin.

Tip Carro: Mulakan dengan suhu sederhana sekitar 24°C dan biarkan kabin kereta sejuk dahulu. Selepas itu barulah turunkan suhu lagi jika perlu. Cara ini lebih selesa, menjimatkan minyak, dan membuatkan aircond tahan lebih lama.

2. Tukar & bersihkan aircond atau cabin filter setiap 12 bulan

Cabin filter berfungsi untuk menapis habuk, debu, dan bau sebelum udara masuk ke dalam kabin kereta. Bila ia kotor atau tersumbat, aliran udara jadi lemah dan aircond akan terasa kurang sejuk walaupun sistem masih berfungsi.

Tip Carro: Tukar cabin filter sekurang-kurangnya 12 bulan, atau lebih awal jika anda kerap memandu di kawasan berdebu. Penapis yang bersih bukan sahaja memastikan aircond lebih sejuk, tetapi juga menjadikan udara dalam kereta lebih segar dan sihat.

Kalau anda biasa buat kerja DIY kereta, cabin filter ini boleh ditukar sendiri. Biasanya ia terletak di belakang glove compartment dan boleh mudah diganti. Banyak panduan video dalam talian boleh membantu anda melakukannya dengan cepat.

3. Periksa & isi semula gas aircond secara berkala

car aircond

Gas penyejuk (coolant) ialah komponen utama yang menyejukkan udara. Bila tahap gas rendah, aircond mula terrasa kurang sejuk walaupun suhu sudah ditetapkan rendah. 

Apabila gas berkurangan atau bocor, compressor tidak dilincirkan dengan baik dan risiko kerosakan meningkat. Jika dibiarkan habis, kos pembaikan boleh mencecah ratusan hingga ribuan ringgit.

Tip Carro: Periksa tahap gas penyejuk setiap 12–18 bulan di bengkel. Jangan tunggu sehingga aircond langsung tidak sejuk kerana itu tanda masalah sudah lebih serius.

4. Buka tingkap sebelum hidupkan aircond

Kereta yang diletak di bawah matahari boleh mencecah lebih 50°C di dalam kabin kereta. Jika anda terus hidupkan aircond, sistem terpaksa menyejukkan udara yang terlalu panas. Ini memberi tekanan besar pada kompresor dan membuatkan kabin sejuk lebih lambat.

Dengan membuka tingkap atau pintu seketika, udara panas dapat keluar lebih cepat. Sistem aircond pun tak perlu bekerja terlalu keras, menjadikannya lebih tahan lama.

Tip Carro: Buka tingkap selama 1-2 minit, atau ayunkan pintu beberapa kali seperti kipas untuk mengeluarkan udara panas. Kaedah ini juga membantu mengurangkan bau kepam dalam kabin kereta.

5. Lakukan servis aircond kereta secara berkala

Tiada cara lebih berkesan untuk memastikan aircond tahan lama selain servis berkala. Ramai pemilik kereta hanya ke bengkel bila aircond sudah rosak, sedangkan pemeriksaan rutin boleh mengesan masalah kecil lebih awal.

Mekanik berpengalaman biasanya akan memeriksa:

  • compressor untuk pastikan tiada kebocoran atau bunyi pelik
  • condenser, bahagian yang melepaskan haba yang sering tersumbat dengan habuk atau daun kering
  • kipas aircond untuk memastikan kelancaran dan kebersihan
  • tahap gas coolant & minyak pelincir aircond
  • sistem saluran udara termasuk penapis aircond (cabin filter) yang mudah kotor

Tip Carro: Servis berkala membolehkan masalah kecil dikesan lebih awal, sebelum bertukar menjadi kerosakan besar yang menelan belanja ribuan ringgit. 

Carro Care technician servicing car

Bacaan lanjut: 7 Bahagian Kereta Yang Wajib Diservis Setiap Kali

Masalah biasa yang anda boleh hadapi jika aircond tidak dijaga

  • Aircond tak sejuk walaupun pada suhu paling rendah.
  • Bunyi bising dari compressor atau kipas.
  • Bau hapak keluar dari corong.

Tip tambahan untuk maintain aircond

  • Jangan biarkan kereta terjemur di bawah panas terik terlalu lama tanpa pelindung.
  • Sentiasa bersihkan bahagian dalam kereta supaya habuk dan kotoran tidak masuk ke filter aircond.
  • Elakkan tetapan suhu terlalu rendah sepanjang masa. Aircond lebih tahan lama bila pada suhu yang stabil.

Cara jaga aircond kereta bukanlah sesuatu yang rumit. Dengan 5 langkah mudah ini, anda boleh menikmati pemanduan yang lebih selesa, menjimatkan kos pembaikan, dan mengekalkan nilai jualan kereta anda.

Carro Care Servis

Mahu servis aircond kereta dengan mudah dan dipercayai? Gunakan Carro Care – Pilihan terbaik untuk memastikan aircond anda sentiasa diselenggara dengan baik, kekal sejuk, dan berfungsi dengan lancar.

 

Related Articles

Back to top button